Skip to main content

Advertisement

Ragbi

SSR: MRSM Balik Pulau pamer dominasi

SSR: MRSM Balik Pulau pamer dominasi

'Where greatness begins' -- kerancakan Super Schools Rugby (SSR) diteruskan dengan aksi pembukaan Pool A menerusi dominasi juara bertahan MRSM Balik Pulau yang menewaskan cabaran Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra 34-12.

MRSM Balik Pulau yang cipta sejarah menamatkan prestij sekolah berasrama penuh selaku pasukan MRSM pertama julang gelaran SSR, hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk peroleh try menerusi Aqil Zikri Abdul Malik.

Advertisement

Sebelum kedudukan itu kembali diikat Syed Putra berselang tiga minit kemudian.

Enggan reputasi selaku juara bertahan digugat lawan, BP Cougars terus menyerang dan peroleh satu try, satu conversion serta satu penalti untuk  mendahului 15-5 menuju separuh masa kedua.

Bersambung aksi -- cougars terus meledak dengan deretan try dan conversion sebelum langkah kanan kempen pembukaan SSR kali ini menerusi keputusan penuh -- MRSM Balik Pulau 34,  Syed Putra 12.

Dalam pada itu, Borneo Eagles turun dalam misi buru gelaran kelapan saingan Borneo Sevens 2026 selepas kali terakhir merangkul gelaran pada 2023.

Eagles yang turut diperkuat tonggak import dari Australia serta Fiji dambakan aksi hebat di laman sendiri, di Sandakan, Sabah selain sokongan tempatan yang bakal menghangatkan suasana pada 11 dan 12 april ini.

Sementara, finalis 2025 kategori wanita, Borneo Flyers sudah pun melakukan persediaan sejak januari, dalam memastikan skuad dalam kondisi terbaik dan kekal konsisten hingga ke final.

Topik Berkaitan

Must Watch Video