Perlawanan kedua Pool X saingan Akademy Super Schools Rugby (SSR) menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward ke tujuh membuktikan mereka selayaknya berada di tangga teratas kumpulan selepas menewaskan Akademi Ragbi Melaka Akram 24-8.
King Edward mempamerkan dominasi dalam babak pertama apabila mendahului 17-3 berjaya tampil dengan reaksi pantas untuk memastikan penguasaan kekal memihak mereka biarpun Akram cuba merapatkan jurang mata dalam separuh masa kedua.
Advertisement
Keputusan ini menyaksikan King Edward menutup aksi kumpulan dengan rekod sempurna tanpa kalah, sekali gus melayakkan mereka terus ke suku akhir, manakala peluang Akram kini bergantung kepada kedudukan mereka dalam carta wildcard.
"Kami perlu perbaiki kesilapan yang dilakukan pada tahun ini kerana pasti akan berdepan pasukan lebih handalan dalam pusingan seterusnya.
"Kami agak goyah dalam permulaan separuh akhir, mujur kami pamer kebangkitan menuju 10 minit akhir permainan.
"Saya harap kami mampu mara hingga ke final," kata kapten King Edward, Aniq Aidil Aszlan, selepas aksi di Shah Alam, hari ini.