Skip to main content

Ragbi

SSR: KGV ikrar teruskan momentum juara challenge trophy hadapi STAR

j

Divisyen challenge trophy Super School Rugby (SSR) menjadi batu loncat kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V (KGV) untuk memasang impian lebih tinggi.

Selepas menjuarai challenge trophy, KGV akan memasuki babak play-off kalah mati, wildcard,  yang membuka tirai Khamis ini untuk bertemu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, manakala peringkat suku akhir premier dan akademi bakal dilangsung bulan depan.

Advertisement

"Tahun lalu kami tak dapat menyertai kejohanan ini atas sebab kekurangan pemain tapi tahun ini kami sudah bersedia.

"Apabila kami melakukan persiapan yang secukupnya, pasukan luar juga akan menganggap ia sebagai satu cabaran.

"Saya mengharapkan prestasi kami dalam play-off ini akan lebih baik.

"Kami perlu lepasi (rintangan) lawan STAR terlebih dahulu sebelum memikirkan langkah seterusnya," kata jurulatih KGV, Hafiz Alldin, sebagai tetamu di studio Nadi Arena sebentar tadi.

Pegawai Pembangunan Perniagaan Enervive Sports, Mohd Shahmil Bahari, turut menjelaskan challenge trophy memberi ruang buat pasukan baru menimba pengalaman dan menjadi sebahagian ekosistem SSR, selain meningkatkan tahap kompetitif saingan ini.

 

Must Watch Video