Skip to main content

Ragbi

SSR: Juara 2 kali SEMASHUR mengamuk, SAINA terkulai tanpa mata!

SSR.

SEMASHUR mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan SAINA dengan keputusan bergaya 37-0 dalam saingan kedua pool c Super School Rugby (SSR).

Juara dua kali itu tampil agresif sejak awal perlawanan, membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 menerusi try Muhammad Harith Daiyan Zakaria hasil hantaran kemas Muhammad Uwais Irwan, namun conversion gagal disempurnakan.

Advertisement

Lima minit kemudian, SEMASHUR terus menggandakan tekanan. Pertahanan ampuh mereka mematahkan serangan lawan sebelum memperoleh penalti yang dimanfaatkan dengan baik. Gerakan tersusun antara Uwais dan Muhammad Adieb Elmam Shahril Rizal menghasilkan try kedua, meletakkan SEMASHUR selesa di hadapan 10-0.

Dominasi diteruskan pada minit ke-22 apabila peluang daripada scrum digunakan sepenuhnya. Adam Razin selaku back leader berjaya mencipta try ketiga untuk membawa pasukan mendahului 15-0 menuju rehat separuh masa.

Memasuki babak kedua, SEMASHUR tidak mengendurkan rentak. Larian solo bertenaga Izzul Naufal pada minit ke-38 menambah mata ke-20 tanpa balas. SAINA terus bergelut menghadapi tekanan apabila Muhammad Adieb sekali lagi mencipta try kelima pada minit ke-48.

Muhammad Uwais Irwan turut memainkan peranan penting dengan membantu menghasilkan try keenam, sebelum berjaya menyempurnakan conversion untuk menjadikan kedudukan 32-0. Menjelang tamat perlawanan, Ahmad Thaqif menutup aksi dengan satu lagi try hasil assist Uwais, yang turut menambah dua mata conversion.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan SEMASHUR di tangga teratas Pool C selepas dua kemenangan, dan mereka kini bersedia menghadapi perlawanan terakhir menentang SMSS.

Topik Berkaitan

Must Watch Video