Turun dengan reputasi besar, pasukan Cobra tidak mengecewakan apabila menundukkan Sultan Ismail College (SIC) 41-0 dalam aksi Kumpulan Y yang berlangsung di Padang Cobra, Petaling Jaya hari ini.
Sejak wisel permulaan, Cobra terus garang dengan menguasai tempo permainan dengan serangan tajam serta tekanan tanpa henti yang memaksa SIC bertahan sepanjang aksi.
Advertisement
Disokong padu penyokong tuan rumah, Cobra tampil lebih klinikal, memanfaatkan setiap ruang dan peluang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
SIC cuba bangkit mencuri momentum, namun kekentalan benteng pertahanan Cobra jelas menjadi pemisah utama dalam perlawanan ini.
Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan bersih, malah ia menjadi isyarat jelas bahawa Cobra bersedia mencabar lebih jauh dalam Super Schools Rugby (SSR) kali ini.
"Kami hilang sedikit tumpuan terutama hujung separuh masa tapi kami bangkit dengan pemain mampu menyerap tekanan," kata ketua jurulatih Kelab Ragbi Cobra, Fakhrul Akmal Alias.
Tambah Pemain Paling Bernilai (MVP), Bruce Liew: Gelaran ini bukan untuk saya semata-mata, tapi untuk rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan.
"Semoga kami dapat kurangkan kesilapan dalam aksi seterusnya."