Skip to main content

Ragbi

SSR: 'Apa yang kami idam akhirnya tercapai' -- ARAS muncul juara Super Academy Rugby

SSR: 'Apa yang kami idam akhirnya tercapai' -- ARAS muncul juara Super Academy Rugby

'Apa yang kami idam akhirnya tercapai', itu luahan Ketua Jurulatih Akademi Ragbi Selangor (ARAS), Mohd Faiz Ali, selepas anak buahnya menewaskan SMK King Edward VI untuk meraih gelaran juara Super Academy Rugby SSR 2026.

Bagi faiz, segala pengorbanan yang dilakukan Dari semua pihak akhirnya dibalas dengan habuan setimpal, dan kegagalan di final 2024 bukan bermakna mereka harus berputus asa.

"Alhamdullillah. Kami telah membuat latihan pramusim di Sri Lanka sangat membantu meningkatkan tahap keyakinan pemain. Kami menghadapi tiga perlawanan di Colombo. Pemain berjaya menyerap tekanan dalam setiap perlawanan dan dalam aksi final, mereka telah membuktikan mereka menginginkan kejuaraan dan berjaya menghasilkannya. 

"Tahniah buat pemain dan tidak terlupa setiap individu yang sentiasa berada di belakang pasukan."

Mengakui sukar untuk menjadi juara, Faiz beranggapan usaha untuk mengekalkan kejuaraan musim yang akan datang pasti lebih sukar.

Namun dia meletakkan harapan buat anak buahnya untuk teruskan perjuangan dan mungkin merealisasikan gelaran double pada edisi akan datang.

"Apabila pasukan telah meraih pencapaian ini, sudah pasti kami akan meningkatkan lagi persiapan untuk musim akan datang."

Sementara itu, meskipun tewas di saingan final, Ketua Jurulatih Ragbi King Edward VI, Mohd Taufiq Abd Rani, tidak anggap ia sebagai kegagalan apabila anak buahnya sudah pun melakar sejarah tersendiri untuk melayakkan diri ke final.

Ia juga satu titik manis buat dirinya yang berjaya membawa 'KE VII' beraksi di pentas final, lebih-lebih lagi merasa aura bermain di Stadium Merdeka yang berprestij.

Harapan Yaufiq hanya satu, mahu menyaksikan anak buahnya bangkit kembali di edisi akan datang memburu gelaran juara.

"Final ini menyaksikan ramai All-boys turun menyaksikan pasukan beraksi di final. Saya melihat ini adalah permulaan buat kami, saya berharap kami dapat meneruskan momentum ini bagi musim akan datang dan saya dalam usaha untuk membuat persiapan yang terbaik buat pasukan."

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video