Saingan Super Schools Rugby Divisyen Academy 2026 menyaksikan Akademi Ragbi Terengganu (ART) melakar kejutan apabila menumbangkan juara bertahan, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), dengan keputusan 24-21 dalam aksi Pool Z di Stadium Ragbi Terengganu, sebentar tadi.
Meskipun beraksi di laman sendiri, ART tidak berdepan tekanan dan masalah untuk melakukan try awal, namun SSM Pahang pantas membalas serangan untuk mendahului 7-5 sebelum menutup separuh masa pertama untuk mendahului 14-12.
Advertisement
Masuk babak kedua perlawanan pula menyaksikan ART tampil lebih agresif dengan serangan lebih berdisiplin dengan menambah beberapa try untuk mendahului perlawanan terlebih dahulu.
SSMP tidak muda mengalah apabila usaha keras mereka berjaya merapatkan kedudukan sehingga jurang kedudukan hanya dibezakan tiga mata sahaja.
Namun, aksi terus berlangsung sengit hingga ke babak terakhir perlawanan dengan menyaksikan kerja keras barisan pertahanan ART lebih dominan untuk menoktahkan pasukannya dengan kemenangan 24 berbalas 21.