Aksi Super Schools Rugby Divisyen Premier menyaksikan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tidak berdepan masalah untuk menewaskan SBPI Gombak (InteGomb) 32-11 dalam perlawanan Kumpulan B.
Bermain di laman sendiri di Kuala Kangsar, MCKK tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi sepakan ‘penalty goal’.
Advertisement
Namun, InteGomb menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya mengikat kedudukan dan memberi saingan sengit pada peringkat awal permainan.
Status juara dua kali jelas memberi kelebihan buat MCKK yang dibarisi pemain muda berkualiti. Mereka terus memperkemaskan permainan dengan siri serangan tersusun, memanfaatkan setiap peluang ‘try’ dan ‘conversion’ untuk melebarkan jurang mata.
InteGomb yang pada awalnya tampak kompetitif mula bergelut untuk menyaingi intensiti permainan MCKK, khususnya di bahagian pertahanan yang semakin tertekan.
Sorakan padu penyokong tuan rumah sepanjang perlawanan menjadi pembakar semangat buat MCKK, yang akhirnya menutup aksi dengan kemenangan bergaya 32-11, sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.