The new golden boy is here!
Bukan tentang kemenangan besar Johor Darul Ta'zim (JDT), tetapi kemunculan permata baharu bola sepak JDT mengagumkan peminat khususnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam saingan Piala FA semalam.
Muhammad Daniesh Amirruddin. Baru berusia 20 tahun tetapi sudah menggegar pentas Malaysia dengan menjaringkan dua gol, sekali gus bakal menjadi masa depan terbaik Harimau Selatan daripada bakat tempatan.
Digilap melalui akademi JDT. Daniesh kini menghuni carta penjaring terbanyak Piala Presiden 2026 dengan jumlah 11 gol setakat ini.
Malah, bintang muda ini membantu Johor menjuarai bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 baru-baru ini.
Pendedahan awal diberikan buat Daniesh merasai pengalaman bersama pasukan utama skuad kendalian Xisco Munoz.
Juara Liga Super itu akan mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 14-1 menumpaskan Universiti Malaya (UM)-Damansara United.
Selamat maju jaya Daniesh!