Sri Lanka sedang giat mempersiapkan skuad terbaik menjelang Pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 dengan tujuh pemain warisan menjadi taruhan pasukan di ranking ke-194 dunia itu.
Skuad kendalian Abdullah Al-Mutairi itu berada di kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan D -Bersama Thailand, Turkmenistan dan Chinese Taipei- dengan enam mata.
Advertisement
Antara pemain warisan Sri Lanka adalah Garrett Kelly (Soul Tower Hamlets), Jason Thayarapan (RW Wittlich), Claudio Kammerknecht ( SG Dynamo Dresden), Leon Perera (Hansa Luneburg), Geremy Perera (SC Eltersdorf), Sam Durrant (Karvan), Dillon De Silva (Dagenham & Redbridge).
Sekiranya Sri Lanka terus berada dalam momentum kemenangan dengan bantuan pemain warisan semestinya dapat melonjakkan kedudukan ranking mereka sekali gus sebagai revolusi terbaik buat bola sepak negara itu terus maju.
Mereka akan berdepan Chinese Taipei pada 31 Mac ini.