Penjaga gol wanita bawah 17 tahun (B-17) negara, Putri Aina Husna Subri, mendapat perhatian besar apabila menampilkan aksi memukau membantu Malaysia sepanjang kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 di Kudus, Indonesia baru-baru ini.
Video ringkas yang tular di media sosial itu menjadi bualan orang ramai tentang teknik dan kualiti penyelamatannya bersama skuad kebangsaan.
Ada yang mengatakan persis bintang Piala Dunia 2026, Vozinha. Malah, peminat Indonesia turut kagum dengan persembahan Aina sambil memuji ketangkasannya mengawal gawang.
Meskipun dibolosi, tetapi pengalaman beraksi dalam kejohanan itu bakal mematangkan dia dan kesemua pemain demi menjadi permata baharu bola sepak wanita Malaysia.
Pelapis Malayan Tigress itu tewas dalam separuh akhir di tangan Thailand.
Namun, mereka mempunyai peluang untuk menamatkan kempen di tempat ketiga apabila dijadual bertemu Jordan minggu hadapan.