The Speedy Tigers membuka era baharu di bawah jurulatih, Brendon Carolan, dengan pendekatan luar biasa apabila sesi latihan diiringi muzik bersemangat hasil tinjauan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, pagi tadi.
Namun, tumpuan turut terarah kepada ketiadaan beberapa tonggak utama seperti Faizal Saari, Fitri Saari dan Arif Syafie Ishak, yang kini bersama pasukan Terengganu dalam persiapan ke Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (LHM).
Advertisement
Muhammad Akhimullah Anuar Esook turut tidak kelihatan kerana bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam saingan LHM, manakala Al-Farico Ramli tidak hadir atas urusan peribadi.
š Hari pertama latihan Speedy Tigers di bawah Brendon Carolan tampil berbeza, iringan muzik bersemangat warnai sesi!
Namun, ketiadaan Fitri Saari dan Faizal Saari cetus tanda tanya š¤
Apa perancangan sebenar jurulatih baru ini?
Nadi Arena malam ini, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/ovwQrEbkR2ā ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) April 6, 2026
Skuad hoki kebangsaan bakal mengharungi jadual padat termasuk Piala Negara-Negara dalam tempoh terdekat, selain persiapan ke Piala Dunia.
Sebagai persediaan, kem negara dijadual mengharungi aksi persahabatan menentang Afrika Selatan, sebelum berdepan pasukan gergasi seperti Jerman dan Belgium.