Skip to main content

Olahraga

Song Hwa mahu Sadat Marzuqi konsisten di Terbuka Malaysia, lebur rekod kebangsaan tahun depan

sdfs

Jaguh baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi Ajisan, berhasrat mengekalkan catatan peribadi terbaik dalam saingan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Stadium UPM bermula 19 hingga 21 Jun ini.

Sebelum ini, dia berjaya mencatat "double pb" setelah memecahkan rekod peribadi terbaiknya dua kali, masing-masing dengan catatan 61.95m (meter) dan 65.24m dalam Kejohanan New Taipei City 2026 pada 6 dan 7 Jun lalu.

"Sasaran saya mahu kekalkan catatan balingan, saya tidak boleh jangkakan banyak kerana saya baru mulakan Latihan industri minggu ini. Ada perubahan daripada aspek rutin harian selain fokus pada kelajuan pusingan," katanya.

Sementara itu, jurulatih baling tukul besi negara, Tan Song Hwa, ingin melihat Sadat mengekalkan catatan peribadi terbaik yang dilakukan pada kejohanan di Taiwan sebelum ini.

Bagaimanapun, dia mengakui banyak yang perlu diperbaiki Sadat terutama daripada segi teknik balingannya dan perlu lebih tenang untuk mendapat balingan dengan jarak yang lebih jauh.

Untuk jangka masa panjang, dia mempunyai sasaran lebih tinggi diletakkan kepada Sadat, iaitu untuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2027 serta memecahkan rekod kebangsaan tahun hadapan.

"Untuk Sadat saya harap dia boleh kekalkan keputusan dia di Taiwan iaitu 65m, untuk pencapaian tahun ini memang 65 jadi dia dah capai.

"Tetapi saya mahu dia buat kali kedua mungkin 65 ke atas, teknik lama dia suka tarik di tangan, untuk acara ini tangan kena tenang. Dia perlu sentiasa ingat. Memang sasaran tahun depan untuk pecah rekod kebangsaan, jika dia pecahkan di Malaysia (Sukan SEA) maka 80 peratus boleh dapat emas." tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Must Watch Video