“Saya masih lagi Presiden MFL.
Demikian reaksi Datuk AB Ghani Hassan ketika mengulas spekulasi yang mengaitkan namanya sebagai antara calon berpotensi mengisi kekosongan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Advertisement
Khabar angin itu timbul menjelang kongres pemilihan FAM akan datang, susulan peletakan jawatan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa Eksekutif badan induk berkenaan.
"Soalan seterusnya," katanya apabila enggan menjawab dakwaan tersebut.
“Saya masih lagi Presiden MFL”, Datuk Ab Ghani Hassan kekal tenang walaupun dikaitkan sebagai antara calon Presiden FAM menjelang kongres pemilihan akan datang. @ASTROARENA pic.twitter.com/deYVAMqclK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 10, 2026
"Saya tidak tahu perkara itu.
"Susah saya katakan. Itu 'sekiranya'.
"Saya masih Presiden MFL," katanya.
Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyantuni kira-kira 30 anak yatim dan asnaf daripada Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikman Baru menerusi majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan duit raya kepada mereka.
Dalam masa sama, MFL turut meraikan warga media pada majlis berkenaan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengelola liga Malaysia dan pengamal media.