Skip to main content

Bola Sepak

SNBJ catat rekod kehadiran tertinggi semalam tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SNBJ

Puluhan ribu orang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam.

SNBJ mencatatkan kehadiran luar biasa sehingga jalan di sekitar Bukit Jalil sesak teruk bermula jam 11.00 pagi.

Advertisement

Berdasarkan data yang diperoleh daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hampir 70,000 peminat membanjiri stadium ikonik Harimau Malaya berkenaan.

Ia mengatasi rekod kehadiran tertinggi sepanjang 2025, iaitu seramai 55,552 penonton hadir ke SNBJ bagi menyaksikan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, mereka yang hadir semalam bukanlah untuk menyaksikan sebarang acara sukan, sebaliknya untuk menyaksikan bintang filem Tamil dari India, Thalapathy Vijay.

Aktor berusia 51 tahun itu hadir ke Kuala Lumpur bagi acara pelancaran audio buat filem terakhirnya, Jaya Nayagan, sebelum beralih sepenuhnya ke bidang politik.

 

Must Watch Video