Skip to main content

Skuasy

Skuasy tekad teruskan legasi kecemerlangan, lahirkan bintang baru

sssa
Advertisement

"Saya bimbang masa depan skuasy negara."

Kelegaan melihat wakil perseorangan lelaki dan wanita negara, S Sivasangari dan Ng Eain Yow, mengisi slot kelayakan ke pentas Sukan Olimpik tidak bertahan lama.

Advertisement

Perjalanan yang sudah disahkan kedua-dua pemain ini membawa maksud perlu ada konsistensi dalam penganjuran Sukan Olimpik seterusnya.

Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro, menegaskan pelan dan hala tuju Sivasangari dan Eain Yow sudah jelas menerusi Program Road to Gold dan penajaan sokongan yang disediakan pihak SRAM.

Advertisement

Namun, apa yang perlu berlaku selepas prestasi cemerlang kedua pemain ini meninggakan satu pencapaian yang tinggi di pentas dunia?

"Kita perlu lihat melangkaui Sukan Olimpik. Kami kena fokus terhadap barisan pemain-pemain baharu yang akan dibentuk.  

"Kami berusaha mendapatkan penajaan untuk pembangunan pemain, mereka ini perlu melalui sistem itu sendiri," katanya.  

Baik Sivasangari mahupun Eain Yow, kedua-dua pemain ini sudah berada di penghujung usia 20-an.

SRAM memikirkan sokongan dan dana tambahan dari kerajaan perlu ada demi memastikan pelapis dari sukan squash berterusan

"Dalam Sukan Asia 2030, sivasangri akan mencecah usia 31 tahun sementara Eain Yow 32 tahun.

"Kami perlu gilap pemain baharu agar mereka dapat meneruskan kesinambungan kita sebagai juara. Skuasy sentiasa membawa pulang pingat emas dalam setiap acara Sukan Asia.

"Kami perlu terus bekerja keras," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video