Skuad terjun negara masih menantikan ketibaan dua jurulatih baharu dari Russia yang dalam proses mendapatkan visa untuk menyertai kem kebangsaan.
Pengarah Kejurulatihan Terjun Negara, Yeoh Ken Nee, memaklumkan proses dokumentasi tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebelum bulan depan bagi memastikan persediaan ke Sukan Asia tidak terjejas.
Advertisement
Pemilihan dua sosok jurulatih terkenal yang melahirkan olimpian itu dibuat selepas menilai kekuatan sistem latihan Russia yang dikenali dengan penekanan terhadap aspek teknikal, disiplin serta pembangunan asas atlet secara menyeluruh.
"Bukan mudah untuk mendatangkan jurulatih China pada ketika ini.
"Mereka tidak begitu berminat berkhidmat di luar negara selain gajinya lumayan," katanya di Nadi Arena.