Skuad sepak takraw Thailand berdepan dugaan awal untuk menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila terkandas hampir 24 jam di Jepun kerana masalah penginapan.
Kegagalan kontraktor tuan rumah mendaftarkan kontinjen sepak takraw negara serantau itu menyebabkan tiada rekod dokumen dalam sistem tuan rumah untuk memasuki bilik penginapan di kapal persiaran, Costa Serena, di Pelabuhan Nagoya yang dijadikan salah satu penginapan buat 17,000 kontinjen dari seluruh Asia.
Akibatnya, delegasi itu yang tiba 8 pagi, namun isu tersebut masih belum selesai pada 10.30 malam sebelum mereka ditempatkan di bilik sementara.
Selepas memungut empat pingat emas edisi lalu, Thailand akan mempertaruhkan dalam empat acara iaitu berpasukan lelaki, regu lelaki, berpasukan wanita dan kuadran wanita bagi kempen sepak takraw yang bermula 20 September hingga 3 Oktober.