Ketua jurulatih ragbi wanita 15-sepasukan kebangsaan, Raimi Mohd Yusof menegaskan skuad kendaliannya bersedia memburu gelaran juara Kejohanan Ragbi ASEAN 2026 yang akan berlangsung dari 8 hingga 14 Februari ini.
Menurut Raimi, fokus latihan ketika ini diberikan kepada aspek ‘body contact’ bagi memastikan pasukan mampu melaksanakan serangan dan pertahanan yang lebih kemas, sekali gus meningkatkan peluang untuk menghasilkan try dalam perlawanan.
Advertisement
Beliau turut menjelaskan bahawa bagi acara ragbi wanita 15-sepasukan, tahap kecergasan pemain menjadi kunci utama memandangkan tempoh permainan lebih panjang berbanding format ragbi sevens yang lebih singkat dan pantas.
Walaupun skuad kebangsaan berdepan kekangan masa persediaan selepas hanya memulakan program latihan bermula 10 Januari, Raimi yakin disiplin serta keyakinan pemain berada pada tahap optimum menjelang kejohanan itu