Skip to main content

Memanah

Skuad memanah para negara mahu dapatkan sentuhan Korea Selatan

memanah

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, memaklumkan Persatuan Memanah Para Malaysia kini dalam usaha mencari pengganti kepada bekas ketua jurulatih, Marzuki Zakaria, yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2025.

Usaha itu termasuk perancangan untuk ke Korea Selatan selepas cuti perayaan Aidilfitri bagi mencari calon jurulatih sesuai untuk mengisi kekosongan berkenaan bagi memperkukuh program latihan skuad memanah para negara.

Advertisement

Penamatan kontrak Marzuki turut memberi kesan kepada paralimpian memanah recuvrve negara, S. Suresh, yang sehingga kini masih belum mempunyai jurulatih tetap.

Buat masa ini, Suresh hanya dibimbing oleh jurulatih tempatan sementara sambil menunggu pelantikan jurulatih baharu dimuktamadkan.

"Kami mempunyai jurulatih pelapis yang bertanggungjawab untuk melatih keseluruhan pasukan termasuk Program Podium.

"Satu pasukan akan dihantar ke Korea Selatan untuk mengadakan perbincangan dua hala, termasuklah mendapatkan jurulatih," katanya Jefri.

 

Must Watch Video