Skip to main content

Bola Sepak

Skuad bola sepak wanita Iran kini di Kuala Lumpur

Skuad bola sepak wanita Iran kini di Kuala Lumpur

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan skuad wanita kebangsaan Iran kini berada di Kuala Lumpur susulan laporan beberapa pemain pasukan itu memohon suaka di Australia.

Dalam satu kenyataan rasmi, badan induk bola sepak Asia itu memaklumkan pasukan berkenaan kini menginap di sebuah hotel tempatan sementara menunggu urusan perjalanan seterusnya dimuktamadkan.

Advertisement

“AFC akan menyediakan segala sokongan yang diperlukan kepada pasukan sepanjang mereka berada di sini sehingga urusan perjalanan seterusnya dimuktamadkan.

“AFC akan terus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pemain serta pegawai, dan menyeru pihak media agar menghormati privasi ahli pasukan,” menurut kenyataan tersebut.

Setiausaha Agung AFC, Windsor John, bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi hotel tempat skuad berkenaan menginap atas faktor keselamatan.

“Maaf, atas faktor keselamatan, kami tidak dapat mendedahkan lokasi hotel,” katanya.

Rakaman ketibaan skuad wanita Iran di Lapangan Terbanga Kuala Lumpur (KLIA) turut tular di media sosial pada hari ini.

Menurut Embassy of Iran in Malaysia, pemain yang menyertai kempen 2026 AFC Women's Asian Cup di Australia dijangka pulang ke tanah air, tertakluk kepada ketersediaan penerbangan dan pembukaan semula ruang udara negara itu.

“Mereka mahu pulang ke tanah air,” menurut kenyataan pihak kedutaan ketika dihubungi media.

Perkembangan ini hadir selepas laporan menyatakan beberapa pemain skuad wanita Iran memohon suaka di Australia kerana bimbang menghadapi tindakan sekiranya pulang ke negara asal.

Kontroversi tercetus apabila pasukan itu enggan menyanyikan lagu kebangsaan Iran sebelum perlawanan pembukaan menentang Korea Selatan Korea pada 3 Mac lalu.

Menurut laporan yang memetik Menteri Imigresen Australia, Tony Burke, pemain yang memohon perlindungan telah dipindahkan ke lokasi selamat oleh polis Australia.

Burke turut menyatakan bahawa baki pemain lain juga dialu-alukan untuk terus berada di Australia sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian.

Tindakan tidak menyanyikan lagu kebangsaan itu mencetuskan kritikan daripada beberapa pengulas di Iran, malah seorang pengulas konservatif dilaporkan menuduh pasukan tersebut sebagai 'pengkhianat masa perang' serta menggesa hukuman berat dikenakan.

Menurut Kedutaan f Malaysia di Tehran, pemegang pasport Iran yang melancong ke Malaysia tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini bagi tempoh lawatan sehingga 14 hari.

Situasi membabitkan skuad wanita Iran ini terus menjadi perhatian antarabangsa, terutama berkaitan isu keselamatan dan kebajikan atlet wanita dari negara tersebut.

Topik Berkaitan

Must Watch Video