Skip to main content

Bola Sepak

Skandal pemalsuan dokumen warisan Harimau Malaya: Siapakah 2 individu terlibat?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti dua individu yang dipercayai terlibat dalam isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Menurut berita akhbar tempatan, 45 laporan polis diterima, selain merakam percakapan 43 saksi membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta saksi awam bagi melengkapkan siasatan.

Advertisement

"Siasatan awal polis mendapati taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian kepada tujuh orang pemain warisan Harimau Malaya tersebut dibuat melalui proses yang teratur dan mengikut semua prosedur ditetapkan oleh undang-undang sedia ada.

"Siasatan seterusnya menjurus kepada elemen penipuan dan pemalsuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan semasa proses pendaftaran serta mengemukakan dokumen pemain yang terlibat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya dalam kenyataan semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hukuman yang diperuntukkan di bawah kesalahan ini ialah pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan juga dikenakan denda.

Facundo Garces, Rordrigo Holgado, Imanol Machuca, Gabriel Palmero termasuk tiga bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, sedang menjalani penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak September lalu. 
 

Must Watch Video