Hasil penuh siasatan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berhubung isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka diketahui bulan ini.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Advertisement
“Kita masih menunggu lagi laporan daripada Tun Raus.
"Saya jangkakan kita akan mendapatkan laporan ini dalam bulan ini juga.
"Daripada laporan itu nanti kita akan tengok apa dia punya dapatan daripada Tun Raus punya jawatankuasa itu lepas itu baru kita tengok apa langkah-langkah," katanya.
"Hasil penuh siasatan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan FAM berhubung isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dijangka diketahui bulan ini."
-- Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi
More on Nadi Weekend!@ASTROARENA pic.twitter.com/QgF6SRKtMP— husnae (@husnazainudin_) December 14, 2025
Tambahnya, urusan FAM dan FIFA telah berakhir kerana perbincangan peringkat FIFA telah berakhir dan FAM menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
"Kita diberi tempoh sehingga 18 Disember untuk menghantar dokumen, saya fikir dalam keadaan sekarang memang persiapan untuk menghantar semua dokumen itu telah dilakukan oleh pakar perundangan kita jadi saya percaya 18 Disember ini kita akan dapat memenuhi CAS punya prosedur," ulasnya.
Dia berkata demikian selepas majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (UKMSC) dan FAM di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).