Skip to main content

Permotoran

Silverstone makanan Max Verstappen, tenang pintas 100 pemandu go-kart

LLL

Kebiasaan memandu jentera yang mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 350 kilometer sejam (km/j), Max Verstappen tidak melepaskan peluang untuk berseronok apabila kembali diberi peluang untuk mengendalikan jentera yang menjadi kenangan masa kecilnya dengan hanya memerlukan 14 pusingan dan 35 minit untuk memintas 100 pemandu amatur dalam perlumbaan pertunjukan go-kart di Silverstone.

Juara dunia Formula 1 (F1) sebanyak empat kali itu diberikan had maksimum sehingga 35 pusingan dan 75 minit untuk memintas kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam perlumbaan di litar yang telah diubah suai di lokasi berlangsungnya Grand Prix Northamptonshire itu.

Ternyata tuah dan kepakaran mengawal tekanan yang dimiliki pelumba Red Bull berusia 28 tahun itu berjalan seiring -- dari kedudukan ke-37, Verstappen berjaya melepasi situasi sukar pusingan pertama yang penuh kekecohan di mana kebanyakan pemandu terlibat dalam kemalangan atau jentera mereka terbabas sehingga menyebabkan perlumbaan terpaksa dihentikan buat seketika.

Menjadikan perlumbaan ini tambah menarik, kenakalan pemandu kelahiran Belanda itu yang sempat memberi amaran menerusi radio perlumbaan bahawa ini bukan acara amal -- sekali gus mengajak pelumba lain untuk menjadikan perlumbaan ini lebih kompetitif.

Selepas ‘bikin panas’, Verstappen yang merekodkan 71 kejuaraan Grand Prix dalam saingan F1 setakat ini, kemudiannya berjaya memperbaiki kedudukan dengan berada di tempat ke-10 menjelang permulaan pusingan keenam.

Dengan syarat perlumbaan yang memerlukan pemandu yang dipintas oleh Verstappen menarik diri daripada perlumbaan, hanya tinggal tiga pemandu dihadapannya menjelang pusingan ke-10 apabila seorang demi seorang menjadi mangsa.

Di peringkat ini, pemandu yang menjadi penghalang Verstappen adalah wartawan F1 dari Belanda, Jacky Martens, pembina enjin Red Bull, Lewis Osler dan YouTuber, Zac Alsop.

Ketiga-tiga mereka diberikan peluang untuk melakukan satu 'pusingan pantas' tambahan yang membolehkan mereka memotong selekoh litar bagi menghalang Verstappen lebih lama.

Namun, strategi perlumbaan yang sudah menjadi ‘makanan’ Verstapppen sejak kecil menyaksikan Martens, yang bermula di petak utama selepas sesi kelayakan yang mengagumkan, menjadi pemandu terakhir yang dipintas ketika cabaran berbaki 40 minit dan 21 pusingan.

Perlumbaan yang menyeronokkan ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan ketika Verstappen memulakan kerjaya perlumbaannya sebagai pelumba kart peringkat junior, hinggalah kini namanya semakin disegani dengan antara kejayaannya, memenangi empat gelaran F1 berturut-turut antara 2021 hingga 2024.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement