Pengurus skuad B-16 tahun negara, Datuk Dollah Salleh, merumuskan kesilapan percaturan sekali lagi menjadi punca Malaysia gagal ke saingan Piala Asia B-17 di Arab Saudi tahun depan.
Ia merupakan sebab sama yang dinyatakan Dollah ketika skuad remaja negara tewas 0-11 kepada Croatia dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Advertisement
Malaysia gagal ke Piala Asia selepas muncul pasukan kedua terbaik Kumpulan C sebaik tewas 0-4 kepada tuan rumah, Vietnam, di PVF Stadium, Hung Yen penghujung bulan lalu.
"Kekurangan yang saya nampak, mungkin salah percaturan, di mana kita bermain baik tetapi sentiasa melakukan penggiliran pemain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Di situ kita tidak dapat lihat keserasian dalam pasukan.
"Tetapi secara keseluruhan, pasukan bermain dengan baik secara individu dan ada lima hingga enam pemain yang memiliki kemungkinan besar boleh diketengahkan."
