Golf di Malaysia turut membuka peluang buat bakat antarabangsa yang bermastautin di negara ini untuk mengejar cita-cita menjadi pemain profesional.
Jika sebelum ini, Daichi Hayashi yang lahir di Jepun dan membesar di Kuala Lumpur merupakan produk keluaran Akademi PKNS hingga mencipta nama antara pemain amatur terbaik di rantau ini.
Advertisement
Ini pula kisah Kang Geon, pemain berusia 17 tahun yang turut membawa nama Malaysia dalam kejohanan antarabangsa dengan mewakili Universiti Utara Malaysia International School Melaka (UUMISM) dalam Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship (SIJGC) 2026.
Kang Geon membesar dan menimba ilmu golf di Malaysia yang sentiasa menjadi memori indahnya.
Kang Geon muncul pemain keenam terbaik edisi kali ini dengan catatan 214 pukulan, dua di bawah par.
Demi mengejar cita dalam golf, Kang Geon memasang hajat untuk melebarkan kariernya ke satu tahap yang lebih tinggi.
"Saya dibesarkan di Malaysia tapi memegang kerakyatan Korea Selatan.
Saya mula bermain di Malaysia pada usia 10 tahun. Jadi Malaysia adalah sebahagian daripada saya.
"Saya harap dapat capai kedudukan yang dihajati.
"Selepas tamat pelajaran, saya berhasrat untuk menjadi pemain profesional," katanya.