Bumi borneo cukup kaya dengan bakat luar biasa.
Pemain yang memulakan karier golf di Sabah, Amberly Zaira Zamri sedang meniti fasa terbaiknya.
Advertisement
Bukan hanya berada di kedudukan terbaik dalam kejohanan sepanjang musim 2025, Amberly Zaira turut membuktikan dirinya kekal konsisten apabila menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik.
Pemain kecil molek ini mengenepikan pelbagai cabaran dan dugaan untuk berada dalam kalangan pemain amatur terbaik negara dan kini berguru di bawah Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP).
Di sebalik permainan terpuji, Amberly Zaira merupakan bidan terjun dalam sukan golf.
"Saya pada mulanya menceburi gimrama dan selepas mencuba bermain golf, ia sampai ke hari ini dan saya berhenti daripada gimrama.
"Peralihan ke golf tidak sukar kerana saya mudah untuk melenturkan badan ketika memukul bola.
"Saya berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan selama tujuh tahun ini serta NJDP yang banyak memberikan pendedahan," katanya.