Skip to main content

Sukan

SIC Ohvale Junior: Nidzam Jamil mahu lahirkan ikon pelumba cilik

j

Nidzam Jamil, nama yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak tanah air kini beralih ke arena sukan permotoran.

Bekas pengendali Selangor dan Negeri Sembilan itu melebarkan langkah sebagai pemilik NJ Racing Team yang secara rasminya dilancarkan pada sabtu bagi menghadapi SIC Ohvale Junior Championship 2026.

Advertisement

Nidzam mengakui sememangnya kurang arif dalam cabang sukan di litar lumba, namun keputusan itu di dorong sepenuhnya oleh keinginan untuk menyumbang kepada pembangunan bakat muda permotoran negara yang dilihat kian berkembang.

"Saya mahu membantu mereka dan memastikan mereka berkembang dengan baik.

"Bukan sahaja sebagai, malah ikon remaja dan kanak-kanak di sekitar Hulu Langat ini," kata Nidzam.

 

 

 

Saingan pusingan pertama di LYL International Karting Circuit pada 16 dan 17 Mei depan menyaksikan dua pelumba muda berbakat dipertaruhkan pasukannya bagi kategori 110cc iaitu pelumba di tempat keempat keseluruhan musim lalu, Safiuddin Shaharizan serta juara RCB Motokidz 2025, Fayyadh Anaqi.

"Saya meminati permotoran sejak menyaksikan MotoGP pada usia empat tahun.

"Walaupun sukar tapi saya yakin mampu menjadi pelumba terbaik musim ini," kata Safiuddin.

Tambah Fayyadh, "Dengan ketinggian motosikal ini, saya berdepan cabaran ketika menunggang.

"Saya yakin mampu mencapai kelompok tiga terbaik musim ini."
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video