Karateka negara, C. Shahmalarani, bergelar naib juara dalam Kejohanan Karate Dunia di Kaherah, Mesir hari ini.
Ini selepas jaguh negara itu terpaksa akur dengan kehebatan lawan berusia 19 tahun dari Uzbekistan, Gulshan Alimardanova, yang tampil lebih ampuh dalam aksi final berkenaan.
Advertisement
Gulshan mempamer penguasaan penuh dalam perebutan pingat emas kategori kumite 50 kilogram itu, membuatkan Shahmalarani terpaksa bertahan.
Ternyata lawannya lebih ligat dalam melakukan serangan berani untuk membuatkan juri memihaknya dengan kemenangan 6-1.
