Skip to main content

Badminton

Shahadzryl Suhaime akui corak permainan kian matang selepas sertai tiga edisi Astro Kem Badminton

aa

Astro Kem Badminton (AKB) membuktikan keupayaan sebagai platform pendedahan awal buat pemain muda negara untuk mengasah bakat menjadi lebih baik.

Pemain muda meningkat naik, Shahadzryl Suhaime antara produk AKB yang kian menyerlah dengan prestasi unggul ditampilkan ketika saingan badminton mssm 2026 yang melabuhkan tirai pada Khamis lalu.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini turun dengan aksi memukau sekali gus menyaksikan kejayaannya melangkah ke peringkat suku akhir acara perseorangan dan beregu lelaki B-15 tahun meskipun baru berusia 13 tahun.

Shahadzryl mengakui pencapaian diraih menerusi penyertaan berturut-turut dalam tiga edisi AKB sejak 2023 banyak membantunya mematangkan lagi corak permainannya selain bertambah matang.

"Saya mula sertai AKB daripada 2023, pada tahun 2023 saya juara, pada 2024 nombor tiga dan tahun lalu nombor dua.

"Sesi Latihan sangat bagus dengan jurulatih berpengalaman, siapa dapat sertai berpotensi bertambah maju lagi." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video