Atlet karate nagara, S. Prem Kumar, menjadikan sambutan perayaan hari Deepavali sebagai momen terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Dia turut berkongsikan momen yang tidak akan pernah dilupakan ketika kali pertama anaknya melihat mercun, malah turut komited menerapkan elemen tradisional dalam setiap kali perayaan Deepavali.
"Sesuatu yang tidak dapat dilupakan pada tahun lalu, anak saya baru dua tahun, dia teruja nak main mercun, saya suruh dia tunggu tapi dia tidak sabar dan setiap hari datang pada saya nak main mercun.
"Pada hari itu selepas dia dengar bunyi mercun, dia sudah taknak datang luar, sudah takut dan demam. Itu momen yang tidak boleh lupa sampai sekarang.
"Perkara yang bagus, saya mahu setiap tahun bersama dia, melihat dia membesar dan jadi contoh yang bagus buat dia, saya mahu tunjukkan cara tradisional pada dia.
"Setiap kali sambutan perayaan Deepavali sangat istimewa, nikmati masa bersama keluarga, inilah waktu perlu bersama keluarga.
"Untuk saya di Sukan SEA, mana-mana kategori yang saya akan sertai saya mahu sumbangkan pingat emas." katanya.