"Saya hanya menunggu panggilan daripada ketua jurulatih kebangsaan.
"Raja kita, selamat bertakhta.
Advertisement
"Itu lirik yang paling saya sukai. Saya mahu menyanyikannya dengan sempurna dan tidak salah," katanya di Nadi Arena.
Demikian luahan pemain pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, yang tidak sabar untuk menyanyi lagu Negaraku apabila namanya kini difahamkan semakin menghampiri proses bergelar pemain naturalisasi negara.
Pemain kacukan Australia-Itali itu berazam untuk tidak hanya bertindak sebagai penumpang ketika menyarung jersi Harimau Malaya, sebaliknya ingin menjadi tonggak penting dalam melunaskan misi kemenangan skuad bola sepak kebangsaan.
Menurutnya, setiap titisan darah dan keringat akan dicurahkan kepada Malaysia.
"Setiap hari saya menunggu telefon berdering.
"Ia, semakin hampir. Saya harus dipilih terlebih dahulu.
"Adakah anda berbangga melihat seorang pemain yang diberikan kerakyatan bermain bersungguh-sungguh untuk negara," katanya lagi.
Menjelang bahang perayaan Aidilfitri yang semakin hampir, GG juga mengirim ucapannya kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Selamat hari raya. Nikmatilah makanan yang sedap dan jemputlah saya ke rumah anda!