Jaringan tunggal Benjamin Sesko meneruskan rekod enam perlawanan tanpa kalah Manchester United selepas menewaskan Everton 1-0 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Hill Dickinson, awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dalam babak pertama, namun buntu mencari jaringan pembukaan untuk masuk ke bilik persalinan dengan terikat tanpa jaringan.
Advertisement
Masuk babak kedua pula menyaksikan anak buah Michael Carrick lebih giat mengasak sehingga minit ke-71 apabila Sesko yang menerima hantaran Bryan Mbeumo mudah menewaskan Jordan Pickford untuk mendahului 1-0.
Heading back to M16 with all three points ✅
— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2026
Beberapa siri serangan yang dirancang Everton sukar menembusi ketangkasan Senne Lammens yang lebih bersedia sekali gus menutup 90 minit tempoh perlawanan dengan The Red Devils mengutip tiga mata di tempat lawan.
Kemenangan itu menyaksikan kedudukan United melonjak untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas dengan 48 mata, manakala Everton di kedudukan kesembilan dengan 37 mata.
Big Ben strikes again 🕰️ pic.twitter.com/8QANXiQ35o
— Manchester United (@ManUtd) February 23, 2026