Kelab bangsawan Itali, Inter Milan, mencatatkan kemenangan berharga selepas menewaskan Parma 2-0 di Stadium San Siro awal pagi tadi.
Kemenangan itu secara rasmi menobatkan skuad Nurazzuri muncul juara liga kali ke-21.
Advertisement
Gol pembukaan Inter hadir pada masa kecederaan babak pertama selepas gerakan pantas dari tengah dan disudahkan penyerang sensasinya, Marcus Thuram.
21 vittoria, grande baldoria! 🎞️ pic.twitter.com/UmH6MLnJ4k
— Inter ⭐⭐ (@Inter) May 3, 2026
Memasuki babak kedua, Inter terus melipat gandakan serangan ke kubu Parma untuk mencengkamkan lagi kedudukan.
Pada minit ke-80, Henrikh Mkhitaryan berada di kedudukan tepat untuk menyempurnakan satu hantaran lintang kemas, sekali gus menoktahkan kemenangan buat Inter.