Skip to main content

Maraton

Seramai 25 ribu peserta meriahkan kemuncak Milo Malaysia Breakfast Day 2026 di Putrajaya

sd

Milo Malaysia Breakfast Day 2026 telah mengakhiri siri jelajah seluruh negara dengan acara kemuncak (grand finale) yang penuh bertenaga dengan 25 ribu peserta telah membanjiri perkarangan Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan gaya hidup aktif hari ini.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Mordi Bimol, menegaskan peranan penting sukan dalam membentuk sahsiah diri generasi muda sangat diperlukan dalam era dunia serba moden ini.

Dia turut berkongsikan acara kemuncak di Putrajaya ini menandakan penutup indah serta memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutama generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi membina komuniti yang kuat dan sejahtera pada masa hadapan.

"Sangat mengujakan, saya lihat ramai orang muda dan keluarga berkumpul hari ini. Terima kasih Milo kerana usaha memberikan platform untuk masyarakat berkumpul serta mengamalkan gaya hidup sihat." katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols, melahirkan rasa teruja melihat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang konsisten menyokong usaha ini sejak sedekad lalu.

"Semestinya anda melihat banyak sambutan, tenaga yang orang ramai berikan hari ini luar biasa. Mereka bersukan bersama-sama, saya sangat sukakan pengalaman ini." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video