Sepanjang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi 2026 berlangsung dengan meriah daripada 19 hingga 24 Januari 2026 dengan seramai 16 orang pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diberikan tanggungjawab sebagai jawatankuasa perlumbaan.
Mereka yang hadir terdiri daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Bidang Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim, menyaksikan pelajar ini terlibat dalam persediaan awal, pengurusan teknikal, dan pemantauan kelancaran perlumbaan.
Advertisement
Penyertaan ini bukan sahaja memberikan pengalaman praktikal, malah memperkukuh keupayaan profesional mereka dalam bidang maritim.
Untuk rekod, ini merupakan kali keenam Universiti Malaysia Terengganu menyumbang sukarelawan mereka untuk regatta di Pulau Langkawi.
Sepanjang perlumbaan, 16 orang pelajar UMT dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) bertindak sebagai Race Committee bagi persiapan dan kelancaran sepanjang kejohanan Regatta Langkawi ⛵🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/zFyBk19IHS
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 22, 2026
"Kami pelajar tahun satu, kami seramai 16 orang termasuk jurulatih kami. Kami berfungsi sebagai ahli jawatan kuasa teknikal bagi tahun ini.
"Skop kerja kami adalah menjaga laluan bagi bagi setiap kapal layar, kami juga menulis setiap kapal yang melalui setiap laluan dan periksa arah angin selain kekuatan angin yang lalu.
"Kami akan berkongsi pengalaman kami kepada junior kami sebagai persediaan pada tahun 2027, kami dariapda latar belakang berbeza jadi selama enam bulan kami telah belajar cara belayar.
"Kami belajar cara cara besar di peringkat antarabangsa, cara pengurusan, serta dapat mengenali pelbagai jenis bot layar" katanya.