Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala Srikandi Merdeka: Bolos awal, kad merah tak halang Malaysia bangkit ikat Thailand

kk

Aksi separuh masa pertama Piala Srikandi Merdeka menyaksikan Malaysia mengikat Thailand 1-1 di Kudus, Indonesia, sebentar tadi.

Skuad negara tewas seawal minit keenam hasil jaringan sendiri.

Tidak terhenti di situ, Nisriena Batrissya dilayangkan kad merah pada minit ke-16 selepas menjatuhkan pemain lawan yang sedang giat mengasak kubu pertahanan skuad negara.

Begitupun, pemain negara berjaya menyamakan kedudukan menerusi Nina Hasmaji pada minit ke-40 selepas bola tendangannya gagal ditampan kemas oleh penjaga gawang Thailand untuk menutup 45 minit pertama 1-1.


Nantikan laporan lanjut di Stadium Astro

 

Must Watch Video