Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala Dunia 2026: Croatia dua kali bangkit ikat England

Kane

Harry Kane menjaringkan dua gol tetapi England tidak dapat menangkis kebangkitan Croatia untuk kedudukan terikat 2-2 menjelang separuh masa perlawanan Kumpulan L, Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas ketika ini.

The Three Lions mendapat sepakan penalti seawal minit ke-10 apabila kapten Croatia, Luca Modric, tersepak paha Noni Madueke.

Biarpun sepakan pertama Kane ditepis keluar Dominik Livaković, tendangan penalti itu terpaksa diambil semula selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati penjaga gol berkenaan keluar dari garisannya sedikit lebih awal.

Kane kemudian tidak mensia-siakan kesempatan kedua itu untuk meletakkan England di depan pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Martin Baturina mengikat kedudukan buat Croatia  menerusi gol rembatan serong kencangnya pada minit ke-36.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa, Kane kembali meletakkan England di depan dengan menanduk masuk bola daripada sepakan sudut Declan Rice.

Namun, Croatia membuktikan keampuhan mereka apabila Petar Musa merembat masuk gol penyamaan untuk bekas naib juara itu menuju ke bilik persalinan tanpa ketinggalan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video