Skuad sepak takraw negara meneruskan kemaraan ke pentas akhir Piala Raja Thai 2026 selepas menyingkirkan Indonesia 2-0 dalam saingan separuh akhir di Fashion Island Mall, Bangkok, malam ini.
Regu pertama negara dibarisi Zarif Marican Ibrahim, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Kamarul Ezzad terlebih dahulu menghadiahkan kemenangan pertama negara, 15-13, 15-9.
Diikuti regu kedua yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari yang meraih kemenangan 15-10,15-8 sekali gus memacu Malaysia ke pentas akhir.
Malaysia akan berdepan Thailand hari ini.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mencul juara acara berpasukan Piala Raja Thai adalah pada tahun 1988. 38 tahun kemarau kejuaraan.