Skip to main content

Sepak Takraw

Sepak takraw: Skuad Malaysia B-21 dalam pembentukan

Sumali

Piala Emas Khir Johari melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali diadakan di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kampung Baru yang baharu dinaik taraf.

Hari pertama kejohanan di venue ikonik itu mendapat sambutan baik tatkala ia memberikan pengalaman berbeza kepada para pemain, termasuk menawarkan pengalaman buat pasukan yang ingin merebut kejuaraan.

Advertisement

Mengulas mengenai perkara itu, ini reaksi Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

"Uniknya pertandingan ini kerana memiliki kombinasi pemain muda dan senior.

"Sudah pasti kami di peringkat PSM mahupun peminat mahu menyaksikan bakat baharu digilap.

"Inilah platform untuk memilih skuad Malaysia B atau skuad negara bawah 21 tahun (B-21).

"Alhamdulillah semuanya bersemangat dan penyertaan memberangsangkan," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video