Mungkin ada yang kata sepak takraw di tanah air dikuasai oleh kaum melayu, tetapi siapa jangka kaum orang asli juga ramai sudah mula aktif dalam sukan ini.
Ini dibuktikan melalui penyertaan atlet sepak takraw remaja Pahang, Fevis Anak Lelaki Ismail, yang merupakan kaum Semai yang berasal dari Kampung Pantos, Kuala Lipis, Pahang.
Advertisement
Dengan menjadikan apit kanan kebangsaan, Nor Aizat Nordin sebagai idolanya, Fevis berjaya menembusi skuad elit remaja Pahang untuk beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw NSTDP Peringkat Kebangsaan 2025.
"Ketika di darjah dua, saya melihat aksi Noraizat Nordin sebab tengok permainannya cantik.
"Saya berharap dapat mewakili Malaysia.
"Saya sangat bangga dapat membawa nama Orang Asli Semai," katanya.
Seorang lagi pemain adalah Asrizal Anak Lelaki Asnizam yang merupakan tekong skuad elit remaja Pahang dari kaum Semoq Beri yang berasal dari Kampung Batu 55, Maran, Pahang.
Tekong cilik ini pula amat meminati tekong kebangsaan, Syahir Rosdi, dan menjadikannya sebagai tonik untuk menyarung jersi kebangsaan pada suatu hari nanti.
"Saya meminati Syahir kerana servisnya laju," katanya.