Skip to main content

Bola Sepak

'Semua kelab perlu pemain warisan, selagi dilakukan dengan cara betul tiada masalah'

bimol

Susulan sesi pendengaran kes pemalsuan dokumen membabitkan pemain Malaysian Abroad di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang telah berlangsung di Switzerland awal pagi tadi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (LBS), Mordi Bimol, meletakkan harapan untuk melihat keputusan positif menjelma namun dalam masa sama juga menekankan kementerian tidak akan sama sekali masuk campur.

Advertisement

Keputusan rayuan itu dijangkakan akan keluar selepas seminggu bagi mengetahui nasib tujuh pemain terbabit termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kami di KBS tidak masuk campur dan serahkan kepada pihak berwajib.

 

 

 

"Harapannya semestinya kami mahu perkara yang terbaik, mahukan perkara ini selesai. Kerana pemain warisan adalah 'trend' sekarang.

"Semua kelab-kelab yang ada perlukan pemain warisan, selagi perkara itu dilakukan dengan cara, kaedah yang betul maka tiada masalah." katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama media malam tadi.

 

 

Must Watch Video