Skip to main content

Badminton

Sembilan wakil negara lolos ke pusingan kedua Terbuka Indonesia 2026

aa

Seramai enam wakil negara meneruskan momentum mara ke pusingan kedua, Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2026 yang berstatus Super 1000 di Istora Senayan, Jakarta, semalam.

Beregu campura, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, terlebih dahulu mara selepas menewaskan wakil tuan rumah, Marwan Faza-Putri Pranata, menerusi aksi sraight set, 21-17,21-9.

Diikuti Goh Soon Huat-Shevon Lai yang dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, menerusi aksi rubber set, 17-21,21-16,23-21, dalam tempoh 1 jam 10 minit pertarungan.

Tidak terhenti di situ, beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, turut mara selepas lawan dari India,  Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, terpaksa menarik diri susulan masalah kecederaan.

Dua beregu Wanita iaitu Onx Xin Yee-Carmen Ting dan Pearly Tan-M.Thinaah tidak berdepan masalah mara ke pusingan 16 terbaik dan diakhiri dengan kemaraan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King dan perseorangan wanita, K. Letshanaa.

Sementara itu, tiga lagi wakil telah mengesahkan tempat mereka pada Selasa, antaranya perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video