Skip to main content

Ragbi

SEMASHUR benam cabaran SMACH untuk julang kejuaraan Kejohanan SBP Rugby Sevens Edisi Khas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

se

Kejohanan Ragbi SBP 7 Sepasukan Peringkat Kebangsaan (Edisi Khas 2025) telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, semalam.

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan menyaksikan pertembungan sengit antara SMS Hulu Selangor (SEMASHUR) dan SMS Machang (SMACH), dengan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang, disiplin permainan serta kualiti teknikal yang tinggi sepanjang perlawanan.

Advertisement

 

 

 

Aksi penuh intensiti tersebut akhirnya berakhir dengan keputusan 19-7, sekali gus menobatkan SMS Hulu Selangor sebagai Juara Kejohanan Ragbi SBP 7s (Sepasukan) dalam saingan Edisi Khas ini.

Naib johan pula disandang oleh SMS Machang, manakala tempat ketiga diraih oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman yang menumpaskan pasukan Sekolah Dato Abdul Razak dengan skor 24-19.

Malah, kapten SEMASHUR, Izzul Naufal Azihan, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan selepas membawa pasukannya bergelar juara.

"Saya tidak jangka aksi final kami akan berdepan SMACH, kami cuba berlawan, lawan mental dan kami mahukan gelaran juara untuk kali keempat.

"Persediaan kami selalu solat berjemaah, solat hajat. Kami buat semua perkara sebagai satu pasukan." katanya.

 

INFO TAMBAHAN:

KEPUTUSAN RASMI PERLAWANAN AKHIR
Juara: SMS HULU SELANGOR (SEMASHUR)]
Naib Johan: SMS MACHANG (SMACH)
Tempat Ketiga : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN(STAR)]
Tempat Keempat: SEKOLAH DATO ABDUL RAZAK (SDAR)
Skor Perlawanan Akhir: 19 - 7

Must Watch Video