Tak sampai 24 jam selepas menewaskan AC Milan 3-0 di Stadium Geloran Bung Karno, Indonesia malam tadi, Chelsea sudah mendarat di Johor awal pagi tadi bagi perlawanan persahabatan seterusnya.
Skuad kendalian Xabi Alonso itu menjuarai perlawanan pramusim Piala Super Indonesia itu menerusia dua jaringan Joao Pedro dan rembatan voli oleh Moises Caicedo.
Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan melayani kunjungan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.
Ia, merupakan aksi persahabatan antarabangsa sebagai pramusim buat kedua-dua kelab sebelum menempuh musim sebenar dalam liga masing-masing.
Hantaran video oleh media tempatan, Free Malaysia Today, menyaksikan para pemain The Blues baru sahaja tiba di perkarangan hotel disambut peminat tempatan dengan Cole Palmer antara yang paling ditunggu.
The Blues have landed in Johor 🇲🇾! 🔵
Chelsea are all set to take on JDT FC at Stadium Sultan Ibrahim later today.
Shot by: Fauzi Yunus & Hizami Safri#FMTSports #WhatsKickin pic.twitter.com/WCPK7qVydR— Free Malaysia Today (@fmtoday) August 8, 2026