Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Tiada apa yang hendak dirugikan, kata beregu muda negara selepas singkir bekas juara Asia

gs

"Tiada apa yang hendak dirugikan"

Itu antara yang dilontarkan beregu muda negara, Kang Khai Xing, selepas bersama gandingannya, Aaron Tai, mengejutkan pilihan keempat kejohanan Seluruh England 2026 dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam pusingan pertama malam tadi.

Advertisement

Beregu lelaki negara di ranking ke-33 dunia itu memerlukan 42 minit untuk menang berdepan bekas juara Sukan Asia 2022 itu dalam pertarungan straight set, 23-21,21-12 di Arena Utilita, Birmingham itu.

 

 

 

 

"Komunikasi kami sangat baik dan kami cuma lakukan yang terbaik, tiada apa yang hendak dirugikan kerana mereka berada di kelompok 10 terbaik dan kami masih masih 'underdog'." ujar Khai Xing.

"Saya rasa perancangan kami berjalan dengan lancar, mesti ada rasa gementar dan kami cuma menikmati permainan." tambah Aaron Tai.

 

Must Watch Video