Kem badminton negara sah memiliki wakil dalam separuh akhir menerusi penentuan oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, hari ini.
Sementara itu, selepas mara ke suku akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan badminton tertua dunia itu, kini tumpuan terarah kepada pilihan kedua, Pearly Tan-M. Thinaah, selaku wakil tunggal beregu wanita untuk menewaskan Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasri bagi perebutan ke separuh akhir buat kali pertama.
SELURUH ENGLAND 2026: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MISI WAKIL NEGARA MARA KE SEPARUH AKHIR MALAM INI
Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)
Saluran: Astro Arena 801
Venue: Birmingham
Masa: Jangkaan bermula 8.00 malam