Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan kembali ke pentas final Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) malam ini.
Selepas menewaskan gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi, dalam aksi separuh akhir awal pagi tadi, naib juara dua kali itu akan berdepan jaguh nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Advertisement
Sebelum ini, juara dunia 2022 itu pernah mara ke final edisi 2019 dan 2024, di mana kedua-duanya ditamatkan di tempat kedua.
Mampukah Aaron dan Wooi Yik menamatkan penantian kejuaraan itu malam ini?
All England Live: Siaran langsung & live streaming final Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Anda boleh saksikan final Kejohanan Badminton Seluruh England di Astro Arena saluran 801 bermula dengan prarancangan pada jam 6.30 petang ini atau boleh juga saksikannya di Astro Badminton (815) dan Astro Grandstand (801) bermula jam 7.00 petang ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.