Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Ketiadaan Lee Zii Jia bukan isu besar -- legenda negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Rashid sidek

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, berpandangan ketiadaan perseorangan negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada Mac depan bukanlah satu isu besar.

Zii Jia berkemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam kejohanan badminton tertua itu berdasarkan ranking semasanya, yang kini berada di kedudukan ke-79 dunia, selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang.

Advertisement

Bagi Rashid, Zii Jia perlu terus memberikan fokus untuk mengembalikan kualiti permainan, mengumpul keyakinan dan memperbaiki kedudukan ranking dunia.

Dalam masa sama, dia menyarankan pemain berusia 27 tahun itu untuk meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu kejuaraan dalam masa terdekat.

"Sebelum ni, mungkin daripada segi persiapan dan latihan masih belum cukup, jadi dalam sebulan dua ini, saya rasa persiapan dan prestasinya akan lebih meningkat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Walaupun dia menyertai kejohanan yang lebih kecil, sedikit sebanyak ia akan meningkatkan keyakinan dan tahap permainannya.

"Kalau dia boleh dapat kejuaraan, ia lebih bagus kerana ia akan meningkatkan motivasi dan semangatnya."

 

Must Watch Video