Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Juara dunia 2023 dikejutkan pemain bukan pilihan di separuh akhir

Seluruh England: Juara dunia 2023 dikejutkan pemain bukan pilihan di separuh akhir

Pemain Taiwan, Lin Chun-yi mencipta kejutan besar apabila menewaskan pilihan kedua dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Seluruh England.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung sengit, Lin menundukkan Vitidsarn 21-14, 18-21, 21-16 bagi menempah pertemuan dengan pemain India, Lakshya Sen di pentas final.

Advertisement

Sen mengesahkan tempatnya lebih awal selepas menewaskan wakil Kanada, Victor Lai 21-16, 18-21, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Walaupun tewas di set kedua, Sen bangkit mempamerkan permainan konsisten untuk memastikan kemenangan.

Saingan perseorangan lelaki dalam kejohanan bertaraf Super 1000 itu menyaksikan beberapa pemain pilihan awal tersingkir lebih awal sekali gus membuka laluan kepada muka baharu.

Juara bertahan dan pilihan utama dari China, Shi Yuqi, tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada Sen. Nasib sama turut menimpa pemain Denmark, Anders Antonsen yang juga terkeluar pada pusingan pertama.

 

Must Watch Video